Thursday, 20 December 2012

Sejarah Pelegong


Antara homestay yang terkenal di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai industri desa seperti ternakan ikan air tawar, membuat roti, dan kraftangan. Aktiviti untuk pelajar seperti 'jungle tracking', kembara malam, Pelegong Explorerace dan perkhemahan. Pengunjung juga akan diberi peluang mencuba permainan tradisional seperti galah panjang, congkak, batu seremban dan gasing. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menoreh getah, memancing, mandi di sungai dan membakar kuih tradisional Melayu seperti kuih bahulu. Kampung Pelegong Homestay amat mudah untuk dikunjungi melalui Jalan Seremban-Labu. Jika pengunjung datang dari Seremban hanya 15 km sahaja manakala dari Nilai 15 km, dari KLIA 30 km, dari Kuala Lumpur 55 km dan dari Stesen Komuter Tiroi hanya 2 km.

Homestay Kampung Pelegong merupakan sebuah perkampungan di Negeri Sembilan yang hanya 15 km dari Bandar Seremban. Kebanyakan penduduk homestay ini mewarisi adat budaya Minangkabau yang dibawa dan diamal oleh nenek moyang yang merupakan pendatang dari Sumatra Barat, Indonesia. Keunikan adat budaya ini menjadi satu daya tarikan kepada homestay Kampung Pelegong, lebih-lebih lagi Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia di mana penduduknya mewarisi dan mengamal cara dan budaya Minangkabau. Disamping itu, keindahan alam semulajadi yang mengelilingi kawasan kampong ini juga menambah keupayaan homestay ini dalam menarik pengunjung.

             Kampung Pelegong banyak menerima anugerah melalui pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, antaranya ialah Anugerah Kampung Terbaik peringkat Negeri 2001. Homestay Kampung Pelegong pada mulanya dibentuk dan digerakkan sebagai program K3P anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang membuat kempen K3P iaitu kumpulan menulis, membaca dan mendengar. Pada masa itu, program ini banyak menerima kunjungan pelajar yang diatur oleh kolej dan universiti berdekatan. 

Apabila kerajaan, melalui Kementerian Pelancongan, mula memberi tumpuan kepada pembangunan homestay, projek komuniti di atas telah didaftarkan di Kementerian tersebut sebagai sebuah homestay pada tahun 1996. Bermula dengan hanya dua rumah yang diberi sijil sebagai peserta tuan rumah, hari ini homestay Kampung Pelegong mempunyai 25 peserta tuan rumah yang diiktiraf. Homestay ini pernah menerima anugerah Resort Alam Semulajadi Terbaik dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).





Penginapan Desa

Assalamualaikum ;)

Anda semua pernah menginap di homestay?
Berminat untuk menginap di tempat yang nyaman dan selesa?
Atau mengimpikan satu percutian yang bebas dari bandar?

Jom pergi bercuti di HOMESTAY PELEGONG.